Monday 31 October 2011

Good night mak...

A: Myya tidur ya..mak tepuk...
M: Uuud nite mak...
A: Good night Myya...assalamualaikum...
M: Ashlamekum maaak...
A: Waalaikumsalam Myya...
M: Walekum shlam maaaak...
A: Tidur ya...
M: Hmmm

Sunday 30 October 2011

Baklava

Bos pergi kursus ke Dubai...
Aku sibuk kirim baklava....
Al-Hamdulillah....dia tak lupa...atau kedekut...:-P
Sekali 10 bijik aku rembat.....
Memang manis giler....
Tapi aku suka sebab ada kacang!
My SIL pun pernah bawa balik kg dulu..dari Dubai juga..
Thanks to both of you!


Baklava adalah sejenis manisan yang diperbuat dari pastri Filo yang intinya di perbuat dari kacang cicang dan disiram dengan sirap gula atau madu.
Ia dikatakan berasal dari Turki dan banyak di dapati di Asia Barat.
Ini ada resepi kalau nak cuba....


Sumber : Deena Ibrahim @ myresepi.com

Bahan-bahan ( sedulang bakar )

  • Satu peket doh Pilo (mcm doh kulit popia) - boleh dibeli di kedai runcit Middle East.
  • 1 buku butter manis - Cairkan atas api
  • 1 1/2 cawan kacang dicincang/kisar halus - saya guna walnut dan pistachio
  • 1/8 cawan gula
  • 1/8 sudu teh serbuk bunga cengkih
  • 1/8 sudu teh serbuk buah pala
  • Kekacang Pistachio cincang warna hijau untuk ditabur hiasan
  • Sirap gula timur tengah : -2 cawan gula -1 cawan air -2 sudu besar jus lemon -1 sudu besar "rosewater" -1 sudu besar "orange blossom water" = masak atas api perlahan sampai jadi sirap pekat

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar sepanas-panasnya
  2. Campurkan kekacang, serbuka bunga cengkih, serbuk buah pala, serbuk kulit kayu manis dan gula dalam mangkuk - gaulkan rata2 serasi bersama
  3. PENTING !
  4. **Doh Pilo nipis sangat dan jgn kasar2 nnt koyak.
  5. **Letak loyang/dulang pembakar DIATAS Doh Pilo untuk ukur, lepastu potong ikut kebesaran bekas anda
  6. **Sebelum tu, oleskan loyang/dulang pembakar anda dgn butter manis yg telah di cairkan itu guna berus pastry. Kalau takde berus pastry guna jari pun bolehhh asalkan rata
  7. Takde or tak jumpe mana nk cari butter manis? Guna butter biasa dan letak setengah cawan gula. - cairkan
  8. Layer paling bawah letak la dalam 10 helai Pilo Doh, lepas tu oleskan butter manis cair tadi atas pilo doh tu guna brush rata dan letak kekacang anda
  9. pastu the next2 layer, guna dalam 4 keping sahaja sebab tengah2 tu takmo tebal2. Letak lagi ramuan kekacang tadi, letak Pilo Doh (4keping) dan oles butter tadi rata2
  10. **Repeat aktiviti tadi sampai nak hampir2 penuh loyang anda ya.
  11. **Bila dah sampai layer yg paling atas sekali tu, Oleskan butter manis cair tadi rata2 dan tabur sebanyak mana anda suka kacang pistachio mcm cantik la nampak dan tuang je la semua butter cair manis tu kalau ada baki lagi. tuang rata2 ya
  12. Last step, tuangkan Sirap Pekat yg kita dah buat awal2 tadi ke atas Baklava yg dah siap tu (ye mmg manis gile!)
  13. Bakar dalam oven dalam 30 - 45 minit cek cek la tgk.
  14. Dah masak, dia jadi golden2 sikit, potong bentuk diamond mcm gambar atas ni. SELAMAT MENCUBA!

Saturday 29 October 2011

Tips Memandu bersama Anak

* boleh digunapakai kepada anak yang dah boleh membaca..

Dolu-dolu keluarga kami hanya ada sebuah kereta...
Penumpangnya ramai...
Selalulah kedengaran keluhan, usikan, dan perangai kepala ada batu jugak...
Dan selalu jugak berbunyi riuh rendah akibat pertengkaran...
Ianya berakhir dan kembali sunyi bila dengar jerkahan bapak....
Kesian bapak..hilang fokus dia memandu!

Bapak dapat satu idea...
cipta games yang menguji kepintaran anak2 yang selalu kecoh...
dan kami sangat seronok main games ni....
makin teruja bila bapak bagi upah kalau jawapan yang diberi betul!

Mainannya adalah.....
Cipta ayat dari huruf plet kereta!
Contohnya...
AC= Aku cantik!...Dah dapat sekupang...
AP= Aku pandai!...dapat lagi sekupang...
PBS=Pakai baju sendat!...Huh! dapat lima duit je...hampir lucah di situ!
PBS= Parti Bersatu Sabah! dah jadi empat kupang...banyak baca ni...tahu politik...
BC= Be careful....wah cakap omputih...bapak up upah jadi 2 kupang...

Tengah excited menunjukkan kepandaian...
tiba2 bapak bersuara....
"Kalau dah sampai permainan tamat...tapi sorang boleh dapat 1 hinggit je paling banyak!"
Huk alah....
Yang belum cukup duit pegangan mula gelabah bila dah nak sampai destinasi...
Yang terlebih pandai dah dapat 1 hinggit mula dok provoke...

"Ha...Aku Seksi (AS)! Bapak, mai sekupang" abang bersuara....
"Eleh...Kau Bodoh (KB)!" sorang lagi bersuara....
"Apa ni! Hang la bodoh!" abang tiba2 hangin...
"Pi mampuih (PM)!" suara menyahut
Kelekuk! hambek korang...kena sekeh dengan bapak...
"Awat dah takdak ayat lain ka nak cakap?!"...bapak pun hangin...

Ha!Ha!Ha! Aku tak boleh tahan gelak bila ingat peristiwa ni...

Itulah salah satu cara orang lama mengajar dan bermesra dengan anak.....
Budak2 sekarang dah boleh tengok tv dalam kereta..senyap la khusyuk layan tv...
Dengan mak bapak pun dah tak layan.....

Tapikan kalau sekarang buat mainan tu...
mau terbelit jugak lidah....
Ayat apa boleh cipta kalau plet kereta WVB, WRR, MTV...
Pikir la korang!

Friday 28 October 2011

Pisang Keju


Sumber: staranisecafe.blogspot.com
Serve: 1
Preparation time: 5 minit

Bahan A
1 biji pisang montel/berangan-buang kulit
2 sudu besar keju cheddar/parmesan
Sedikit garam
Sedikit susu pekat manis (optional)

Bahan B
Sirap coklat
Gula warna
Kacang

Cara
1. Kupas pisang. Sapu susu pekat manis. Tabur garam & cheese. Bakar hingga keju cair.
2. Tabur gula warna/kacang atau siram sirap coklat.

Note : Abaikan susu pekat manis jika pisang sudah manis
          Pisang boleh juga di bakar atas pan tanpa minyak.

Thursday 27 October 2011

Salah nombor daaaa.....

Telefon berbunyi ring...ring...ring....
Ku angkat ku tanya siapa....
Haaa! Ingat lagi lagu ni masa sekolah dolu-dolu....
Entah apa motif nyanyi lagu ni pulak?
Al kisah salah nombor daaaaa....

A: bagi intro dulu.......
C: Cik! Saya nak buat semakan penerbangan ke KK pukul 3 petang ni confirm atau tidak.
A: Maaf encik. Rasanya encik dah silap nombor.
C: Ini bukan Air Asia kah?
A: Bukan. Ini company XXXX
C: Oh sorry!

Caller terus letak!
Lepas 1 minit....
Telefon bunyi tut...tutttttt.....

A: bagi intro dulu.....
C: Eh! Engkau lagi! Engkau angkat apasal?
A: Maaf ya. Encik nak bercakap dengan siapa ya?
C: Aku nak call Air Asia...asyik dapat tempat engkau je...
A: Encik dah salah nombor ni...
C: Apa nombor Air Asia?
A: Maaf. Saya tak pasti. Mungkin encik boleh cuba call Directory Telekom.
C: Menyusahkan betul lah!

Caller letak gagang....


Air Asia Helpline : 603-21719222

Note: Aku pun tak pasti siapa yang menyusahkan dia tu....:-P

Wednesday 26 October 2011

Purple Gloria...New Iranian Cafe

Semalam dinner di sebuah cafe baru...
Di usahakan oleh rakyat Iran....
Lokasi: Bandar Sri Permaisuri,Cheras


Variasi makanan dan minuman tak terlalu banyak...
Senang nak pilih...
Dan paling aku teruja...
Harga tak mahal macam restoran Arab yang lain...
Aku anggap ia small cafe sebab ada 10 meja..
Muat lebihkurang 40 orang saja...
Servis okay sebab diaorang kerap bertanya samada kami perlukan apa2 tambahan...
Aku juga suka hiasan cafe yang simple dan purple....


Sebenarnya kami celebrate birthday Myya di sana...
Simple dan hanya kami sekeluarga...
Myya dah cukup gembira kalau dapat tiup lilin...
Staff restoran bagi sebiji cream puff percuma berbentuk swan...
dan pasangkan lagu happy birthday....
We are soooo pleeeeeaaasssseeee.....

Kepala Swan dah kena kunyah oleh birthday girl!

Bagi aku makanan yang kami order ni berkalori seimbang dan sihat...
Nasi dan lauk tak banyak minyak....
Minuman pun bukan yang banyak gula....
I love it!

Our dinner

Ground Meat Kebab & Rice (RM12.50)
Chicken & Barberry Rice (RM9.50)
Iranian Doogh- Yogurt,salt with aromatic herbal (RM3.50)
Cappucino (RM2.20)

Ini Tapau....Ground Meat Hamburger (RM7.50)

Tuesday 25 October 2011

Lavish Sambal Belacan

Daddy balik dari Melaka...
Bawa buah tangan....

M: Aik...bawa balik ni je? Lain takde?
D: Okay lah tu.....mahal ni....mesti spesel....
M: Macam ni pun mahal?
D: Iyaaa....sepuluh hinggit sebotol!
M: Biar betul! Sedap sangat ke? Pakai barang import ka?
D: Ntah lah...tu yang beli...kita cuba lah...

Dah cuba....

M: Wow! Ntah hapa yang buat jadi mahal....
D: Hmmm....sedap lagi G-Tra punya!
M: Boleh lah....buat pakai time terdesak....

Hmmmm.....apa yang lavish sangat tu?
Sambal Belacan made from Melaka!


Monday 24 October 2011

Jom Jalan!

M: Mak...jom jalan...
M: Myya nak jalan ke mana?
M: Tuuu...keluar pintu....
M: LOL...okey....nak naik apa ya??
M: Mak naik kete...Ayah naik moto...Myya naik basikal....
M: Laaaa....kita naik moto sama2 lah....angin kuat...best!
M: Tak nak..tak nak...hujan la...nanti demam....
M: Okaylah....kita naik kete la....
M: Tak nak...tak nak....naik basikal la....
M: Berat la....nanti basikal patah....
M: Ha! LOL...

Sunday 23 October 2011

Ultimate Cheesy Pizza

Our lunch today...
Love it so much..
Will i eat it again?
Yes!Yes!Yes!

Saturday 22 October 2011

Masak Lemak Sandar

Pertama kali makan sayur ni di rumah mertua...
Sejenis sayur seperti keladi...
Rasanya sangat sedap...
Omak kata selalunya dibuat masak lemak...

Masak Lemak Sandar
Serve: 4-5 orang
Preparation time: 30 minit
Sumber: staranisecafe.blogspot.com

Bahan:
2 ikat sandar - buang serat di batang & patah2kan ikut saiz di kehendaki
2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
10 biji cili padi - di tumbuk
1 inci kunyit - ditumbuk
1 gengam ikan bilis
Garam secukupnya

Cara :
1. Rebus semua bahan kecuali sandar hingga mendidih. Api sederhana.
2. Masukkan sandar. Didihkan hingga empuk.

Friday 21 October 2011

"Mana Mak?"


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"  


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Sumber: e-mail

Thursday 20 October 2011

Kuih Tradisional : Tepung Sema/Slemang

Member baru pulang dari Kota Bharu....
Bawa pulang buah tangan...
Aku tertarik dengan sejenis kuih tradisional ni.....
Sangat cantik dan unik...
Katanya sangat popular di Trengganu dan Kelantan..
Di Kelantan dipanggil Sema (say-ma)..
Di Trengganu di panggil Slemang...
Tekstur seperti gula tarik yang membalut tepung...
Rasa tak la manis....gula tu mencair di mulut...
Tapi kena makan dengan sopan dan mulut bertutup...
Kalau tak memang bersembur...hehehe

Kalau sesiapa nak cuba..ni ada resepi....
Harap kuih unik ini tak dilupakan....

Sema Tarik Kelantan
Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahan:
2 keping gula manisan (gula melaka)
1kg tepung gandum
250ml air
1 botol kecil minyak jagung
2 batang buluh | sederhana panjang dan leper
1 biji biji periuk tembaga
1 periuk kecil
1 biji pengayak
1 biji besen sederhana diisi air
1 helai kertas minyak
1 biji kuali
1 senduk kayu

Cara memasak:
1. Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.
2. Masukkan air ke dalam periuk kecil dan masak dengan gula melaka sehingga gula cair dan berbuih.
3. Selepas itu ambil sebatang buluh dan celup pada gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, jadi boleh sedia diangkat.
4. Kecilkan api, masukkan satu atau dua titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga. Sapu sehingga rata.
5. Kemudian tuang adunan didih tadi.Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku.
6. Sapu minyak pada dua batang buluh tadi, angkat dengan menggunakan dua batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan.
7. Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit.
8. Kemudian ayak di atas kertas minyak. Ambil gula yang ditarik-tarik tadi dan diletakkan di atas tepung.
9. Selepas itu tarik- tarik gula tadi di atas tepung dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan.
10. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti mihun.
11. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Note : Cara membuat memerlukan masa yang tepat,tangan yang tahan panas dan pantas supaya gula tidak cepat sejuk dan berketul.

Wednesday 19 October 2011

Myya tolong mak ya

Situasi : Mak tengah kelam kabut masak di dapur....

Myya: Mak..Myya nak tolong...
Mak : Its ok...dah nak siap ni. Terima kasih ya..
Myya: Allaaa...boleh la makkk...Myya nak tolongggg.>>>>>merayu2 dengan muka seposen.

Aduyai..cair mak dengar suara manja tu...

Mak : Nah..pegi potong ni....
Myya: Ma shehh maaakkk.....

Cuba lihat gayanya....LOL

Gigih potong bawang sambil meniarap...
Tak nangis pedih mata pun....


Note : Rajin betul tolong mak... I just let her explore...

Tuesday 18 October 2011

Kenapa tamak harta orang?

Today @ 1.45pm

Perbualan telefon dengan pemanggil...
Intro..bla..bla..
Situasi : Caller nak buat permohonan untuk keluarkan wang simpanan datuk saudaranya yang telah meninggal dunia.
Penerangan telah diberikan bahawa hanya waris terdekat seperti anak, adik beradik kepada datuk saudaranya sahaja yang boleh memohon. Surat kuasa juga diperlukan.
Caller mendesak dengan alasan anak-anak datuk saudaranya tidak peduli dan membenarkan dia membuat tuntutan...

C: Saya cucu saudara pun boleh dianggap waris.
A: Maaf encik. Waris yang terdekat masih hidup. Mereka lebih berhak...Kalau benar
     mereka mengizinkan pun, encik kena ada akuan sumpah atau sebarang dokumen
     yang sah seperti perlantikan pentadbir harta sebagai bukti...
C: Tak boleh..mereka semua tak boleh tahu arwah ada duit. Kalau saya tak tuntut
     rugilah... lagipun mereka tak jaga atok saya tu pun...
A: Kami tak boleh buat apa-apa pun...encik berbincanglah secara elok dengan
     mereka...
C: Kenapa saya tak boleh tuntut?

Aku diam je. Malas nak panjangkan lagi...Masuk ni dah 5 kali dia tanya kenapa tak boleh tuntut...dah 15 minit aku melayan dan menjawab soalan yang sama

C: Kenapa diam? Dah tak mahu layan saya?
A: Seperti yang telah diterangkan berkali-kali. Encik bukan waris berhak. Itu lah
     masalahnya.
C: Apa masalahnya? Bukan duit kau..duit atuk aku...
A: Saya rasa penerangan yang saya berikan dah lengkap. Ada apa2 persoalan lain
     yang boleh saya bantu?
C: Nak bantu apa lagi...aku nak buat tuntutan pun tak boleh...Oklah terima kasih..
A: Terima kasih kerana memanggil..
C: Tak guna pun..tak selesai masalah aku...

Caller matikan panggilan..

Note : Tuuu diaaa...sanggup tu nak bolot harta orang....Menurut citer caller, atuk dia yang kaya ni ada 5 anak lelaki (termasuk bapa dia). Tapi dia dah sembunyikan buku akaun atuk ni. sebab tu waris yang lain tak tahu...duit dalam akaun ni memang banyak..cecah ratus ribu...dunia..dunia....

Monday 17 October 2011

Halfest 2011

Ekspo Halal Terbesar Malaysia
Lokasi : PWTC Kuala Lumpur
12-16 Oktober 2011 @ 10am-7pm
700 ruang pameran untuk usahawan seluruh Malaysia.

Upin Ipin yang pemalu pun ada
Aku kesini pada hari terakhir...
Al-Hamdulillah parking senang dapat...
Sebelum masuk kena register...tapi tak ada fee pun...
Mungkin penganjur nak kira jumlah pengunjung...
Pengunjung agak ramai...
Semua booth ditempatkan di 3 dewan besar....
Memang penat berjalan sambil mendukung anak yang comel!

Ramai usahawan melayu yang mempamerkan pelbagai produk makanan...
Paling banyak makanan sejuk beku...
Ada karipap, nugget, keropk lekor, fillet talapia, etc
Ada yang jual madu, rempah, sos, kerepek, susu kambing, etc...
Kebanyakkan pengusaha dari kawasan Utara...
Ada juga booth untuk usahawan Sabah/Sarawak...
Yang ini kebanyakkannya jual madu je...
Memang menarik tapi aku agak terkilan sebab belum ada terjual di pasaraya besar...
Kena beli dari ejen....hmmm agak menyusahkan disitu....
Banyak juga booth produk kewangan islam, kosmetik,alatan rumah, minyak wangi....

Paling teruja ada booth yang jual daging salai....
Makanan popular bukan Islam....
Tapi ada yang pengeluarnya masih bukan Islam....
walaubagaimanapun sudah ada sijil halal....

Rata2 booth dah sold out produknya....
Ada yang bagi sampel makanan tapi produknya dah habis...
Ada yang jual produk tapi di sangka sampel....
Selamba je akak sorang tu makan macaroon atas meja lepas tu blah...
Sedangkan masa tu aku sedang hulur duit membeli...
Penjual pun tak sedar...hmmmm halalkan je lah...

Tak banyak yang kami beli...
Sekadar merasa...
Oh! Ada terjumpa Upin Ipin...
Tapi ntah hape2...laju je berjalan...
Myya pun tak sempat bergambar!

Sunday 16 October 2011

Masak Lemak Ikan Semilang Salai

Masak Lemak Ikan Sembilang Salai
Serve: 4-5 orang
Preparation time: 30 minit

Sumber: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
10 biji cili padi - di tumbuk
1 inci kunyit - ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
5 ekor ikan sembilang salai
20 helai pucuk asam gelugor - racik halus dan di celur sebentar (untuk hilangkan pahit). basuh.

Cara :
1. Rebus bahan A hingga mendidih. Api sederhana.
2. Masukkan bahan B. Didihkan sebentar. Jangan lama sangat nanti ikan hancur.

Note: Ikan sembilang salai juga sedap dicicah air asam atau sambal kicap.
         Pucuk asam gelugor rasanya masam dan sesuai dengan masak lemak salai.
         Boleh juga di masukkan buah asam belimbing yang dipotong baji.

Saturday 15 October 2011

The Big Bad Wolf Book Sales 2011

Claimed to be the biggest book sales in the world...
Lokasi : Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Serdang
7-16 October 2011 @ 10am-9pm
More than 1.5 million books @ 75%-95% discounts!

Ih Ih Ih...serigala jahat jual buku!

Serigala jahat ni bukan setiap tahun datang....
Tapi kedatangannya memang selalu di tunggu...
First time pergi pada tahun 2009 di Amcorp Mall, PJ..
Then tokey terus buka BookXsess kat lokasi sama...
Tahun 2010 di South City Plaza...tapi aku tak pi pun...
Harga serendah RM3-RM30...

Section utama adalah Cookery & Children...
Hajat hati nak beli apa2 je cookery bible...tapi hareeemmm...
Ambil je lah apa yang ada....
Then cari work book untuk Myya....tapi dah habis jugak....
So ambil je lah Mickey Mouse Clubhouse Collection Book... 
 Pergi pulak section Novel...nak cari collection Pretty Little Liars... 
Yang jumpa hanyalah Gossip Girls..tak minat lah...
So capai je collection Shopaholic....ntah bila nak baca....

Hasil rembatan tahun ini. Total cost RM133 je...
Then aku ke section Self Help..cari Chicken Soup For The Soul...
Tapi sebijik pun tadak...
Singgah pulak ke section Travel....
nak cari buku pasal Jepun...kot2 la boleh pi sana...
Hmmmm...yang tinggal hanyalah buku China & Europe!
Lalu pulak di Section Games....nak cari buku2 yang boleh release tension...
Yang jumpa hanya soduku....

Pfffsssss....memang frust!
Padan muka! Pergi lagi lambat2....
Hmmmm...nak buat macam mana...tak berkesempatan nak pergi awal pun...
Tahun depan kita tunggu lagi kedatangan serigala jahat ni!!!

Anak punya!                          Mak punya!  

Friday 14 October 2011

Cara mudah mencari muka surat Al-Quran

Hanya menggunakan formula matematik ringkas

(n-1)*2=x, letak no 2 di belakang x
n=juzuk yang dicari




Jom sama2 kita belajar...



Note: Berbaloi di cuba...
Note: Tidak terpakai pada semua keluaran Al-Quran

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Thursday 13 October 2011

Biskut Pulut

Kuih tradisional dibeli di Trengganu..
Rasa kenyal dan manis...
Sedap dimakan bersama minuman panas...
Dibawah resepi yang boleh dicuba...

Bahan
500 g tepung pulut - di goreng
500g gula
1/2 cawan air

Cara:
1. Cairkan gula. Biar suam.
2. Masukkan tepung pulut. Gaul peroi.
3. Mampatkan dalam acuan. Keluarkan & jemur kering.



Note: Boleh juga tambah perisa strawberry, pandan, rempah dll untuk rasa & warna berbeza. Lebih sedap dimakan segera. Kalau simpan lama sangat nanti ada bau hapak..tak sedap lagi...

Wednesday 12 October 2011

Go to h*ll lah!

3.15pm

Perbualan dengan customer...
Intro...bla..bla..bla...

C: I nak beli unit saham ***. Masih ada lagi?
A: Semakan perlu dibuat di kaunter bank. Sekarang unit sangat terhad. Encik perlu
    ke kaunter dan buat transaksi segera jika masih ada unit.
C: Setiap minggu aku telefon mesti ada orang boleh bagitahu berapa jumlah yang
    ada...Aku tak mahu cakap dengan kau...Panggil supervisor kau....
A: Maaf encik. Kami tak pernah ada data sedemikian sebab transaksi online di kawal
    di kaunter sahaja. Encik akan dapat jawapan yang sama dari supervisor saya....
C: Panggil supervisor kau...aku tak nak cakap dengan kau....>nada keras dan tinggi

Panggilan disambung kepada supervisor....aku bagi hint mengenai sikap caller....
Perbualan seperti di maklumkan oleh supervisor....antaranya...

C: Ada 1 juta unit lagi saham ***? Aku nak beli RM14K
S: Maaf encik. Semakan dan transaksi unit boleh dibuat di kaunter sahaja..
C: Kau ingat aku bodoh?
S: Maaf encik. Saya tak pernah kata encik macam tu...
C: Ahhhhhh...Go to h*ll!!!!!

Gagang di hempas...
Merah padam muka supervisor aku menahan marah....kesian....

Note : Tanya macam bagus 1 juta unit....tapi nak beli RM14k je....siap sumpah orang....bagus sangat lah tu....

Tuesday 11 October 2011

Kerabu Suhun

Serve : 2 orang
Preparation time : 20 minit
Sumber : staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
2 ketul suhun
5 biji bebola ayam (belah 4)

Bahan B
3 sudu besar nampla @ sos ikan
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar daun sup
1/2 biji bawang - hiris
Bijan Hitam
Daun sup/parsley - hiris

Cara
1. Stim bahan A dalam 7-10 untuk lembutkan suhun. Leraikan suhun dalam air sejuk.
2. Campurkan bahan B. Gaul sebati.

Note : Resepi sihat yang sangat rendah kalori...Myya pun suka